Sunday, January 2, 2011
esok nak pegi interview!!!
Esok ada interview lagi. ntah berapa puluh interview daa.. nk studi skit malam ni. tp malas r plak..hope interviewer sok x tanya benda yang aku x leh jawap sudah.. doakan daku...amiiiiiin
Monday, May 4, 2009
SALAM BICARA
1. Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.
2. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa melayari blog saya yang tidak seberapa ini.
3. Sebenarnya, membaca blog adalah kegemaran dan merupakan salah satu kemestian bagi saya setiap kali melayari internet. Seolah menjadi ketagihan, membuka dan membaca blog sangat memberi kepuasan terhadap diri ini.
4. Blog-blog politik merupakan pilihan pertama setiap kali menyingkap tabir internet.
5. Blog kegemaran, pastinyalah blog Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad di www.chedet.cc. Banyak ilmu yang mampu ditimba disana. Bagi yang belum pernah berkunjung, cuba layari sekali.
6. Namun begitu, biarpun saya amat meminati membaca tulisan-tulisan di blog, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk membuka laman blog sendiri.
7. Idea ini hanya datang, setelah rakan sebilik ketika sama-sama mengikuti kursus GEMS di Cheras, Shahrul Nizam mencadangkan agar membina blog sendiri.
8. Melihat kejayaan beliau dalam dunia "blogging", terdetik pula keinginan untuk mencuba membuka blog sendiri.
9. Blog ini dinamakan "AL-AMIN" -sempena nama saya Mohammad Amin Bin Tak @ Amberan. Al-Amin juga seperti kita sedia tahu adalah gelaran untuk junjungan mulia baginda Rasulullah S.A.W kerana kejujuran dan sifat amanah baginda. Moga blog ini akan menjadi blog yang jujur dalam menyampai idea dan pendapat, serta amanah dalam menyuarakan pandangan nanti. Insya-Allah.
10. Harapan saya agar pembaca sudi meluangkan masa membaca pandangan dan idea yang tidak seberapa dari saya dan sama-sama memberi komentar bernas dan membina terhadap tulisan saya nanti agar kita sama-sama memperoleh manfaat dan ilmu berguna. Saya sedia dikritik tetapi biarlah kritikan itu nanti kritikan yang ikhlas dan positif.
11. Moga kita semua diredhai ALLAH S.W.T hendaknya. InsyaAllah..
12. Terima kasih. Jumpa lagi...
13. Assalamualaikum...

Subscribe to:
Posts (Atom)